Sunday, October 4, 2009

Kehalusan Hati Wanita dan Harga Setitis Air Mata

Hati wanita itu halus. Memang halus. Walau peribadinya tegas, keras, berkaliber, tapi hatinya halus. Ada wanita kuat yang tidak pernah mengaku dia rasa kecewa, sedih, terkilan, hanya kerana dia kata dia kuat? Wanita itu mungkin cacat dan bermasalah. Tapi hati wanita memang halus.

Allah menciptakan wanita sebagai makhluk yang agung. Bukan untuk membelakangi ayahnya dan suaminya, tapi sebagai pententeram jiwa bagi mereka. Akan masuk syurga mereka yang menggembirakan anak-anak perempuan mereka. Dan seorang isteri adalah maruah seorang suami yang perlu menjaga segenap sudut pergerakannya. Dan sebagai balasan, isteri akan disayangi dan dicintai sepenuhnya


Kehalusan wanita apabila dipersiakan, bayangkan kelukaanya. Apa harga kelukaan hati wanita? Hanya satu. Air mata. Apa harga setitis air mata? RM 2.08 sama seperti seliter minyak. Murahnya wanita?




Saturday, October 3, 2009

Kuiz Bakal Pengantin

Kuiz Bakal Pengantin



1. Apabila anak tak mahu makan, ape respon anda?

a. Nak makan makan, tanak makan sudah. Aku dah beli beras, pandai-pandai la kau nak makan
b. Kenapa tak nak makan ni hah? Makan sekarang! Kang kurus nenek kau mengata kat aku tak reti jaga anak
c. Anak, kenapa tak nak makan ni.. Jomlah kite makan. Ibu dah masak ni.
d. Anak, nak makan ape? Jom ayah belikan sekarang.



2. Apabila anak tertidur di meja study

a. Oh anak aku dah tidur
b. ‘Oi’ bangun. Kang tido kat luar kene gigit nyamuk demam denggi aku jugak yang susah
c. Anak, bangun masuk dalam. Sejuk ni kat luar, banyak nyamuk.
d. Angkat anak perlahan-lahan bimbang terjaga dan selimutkan dia dengan sempurna di katilnya




3. Apabila anak meminta duit untuk membeli buku, permainan atau baju baru

a. Aku takde duit
b. Nak beli ape? Penting sangat ke? Kalau tak penting tak payah beli
c. Okay. Nanti ayah belikan. Kite ajak ibu keluar sekali nanti. Boleh ibu tolong pilihkan
d. OK. Nah RM100.00


4. Apabila anak mengadu sakit

a. Hmm
b. Kenapa sakit? Kau ni memang selalu sakit pun.. Makan la ubat.
c. Cepat siap-siap, ayah bawa pegi klinik. Nanti balik ibu masakkan bubur.
d. Terus hantar anak ke hospital pakar swasta.



5. Keputusan peperiksaan anak tak bagus

a. Eh? Bila kau ade peperiksaan?
b. Kau ni nak jadi ape? Asyik main je. Study nye tak pernah. Buat malu aku je. Membazir duit hantar sekolah. Berenti la sekolah macam ni.
c. Anak, ayah kecewa dengan keputusan ni. Lain kali mesti meningkat. Belajar lebih gigih.
d. Anak jangan kecewa tau. Nanti kita pergi melancong sama-sama ye. Tenangkan fikiran dulu ye.



6. Anak mula merokok

a. Biarkan. Pandai-pandai la dia fikir. Karang mati tinggal galikan kubur je
b. “Jangan merokok! Anak tak mengenang budi!” Rampas semua rokok anak dan hukum anak sehingga dia insaf
c. “Anak, merokok tak bagus untuk kesihatan. Perokok boleh berhenti merokok. Percayalah. Ayah dulu pun perokok jugak tapi berhenti awal.” Belikan anak ubat untuk berhenti merokok
d. Anak, jom kite jumpe pakar kaunseling.



7. Apabila anak mengadu tentang putus cinta

a. Hahaha
b. Padan muke. Aku dah cakap jangan kawan dengan anak Pak Hashim tu kau degil sangat. Aku suruh kahwin dengan orang lain kau bodoh sombong
c. Ape yang dia dah buat sampai putus macam ni. Dah takde jalan ke nak berbaik ? Cubalah selesaikan perlahan-lahan. Fikir masak-masak.
d. Jom kite bercuti tenangkan fikiran. Ayah ade kenalan doktor, engineer, anak dato’ kalau anak mahu.



8. Apabila anak mencuri

a. Pelempang
b. Anak yang memalukan! Kenapa kau mencurik. Cakap! Sambil menggenggam tali pinggang sebagai alat untuk menakutkan anak
c. Jumpa anak secara peribadi dalam bilik bacaan. Terangkan dengan ringkas hukum orang mencuri. Sebat di tapak kaki dengan sederhana
d. Kalau tak cukup duit cakaplah, ayah beri



9. Anak menjadi pelajar cemerlang

a. Bagus!
b. Inilah anak yang membanggakan ayah.
c. Teruskan usaha. Jangan leka pulak tau. Tahniah. Ayah yakin anak sudah berusaha dengan baik. Ayah berbangga
d. Tahniah! Anak nak hadiah ape? Sebutkan sahaja. Ayah janji ayah akan beri apa sahaja.



10. Anak lewat bangun

a. Hmm
b. Hoi bangun! Orang lain sibuk kat dapur sibuk buat kerja kau sedap je membuta. Malam tadi tidur lewat lagi!
c. Anak bangun. Berdosa tinggal subuh.
d. Biarkanlah, letih tu.



11. Guru disiplin memanggil anda ke sekolah atas salah laku disiplin


a. OK
b. Anak yang memalukan!
c. Bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini?
d. Cikgu yang salah. Anak saya baik



Mampu menyelami emosi anak?

Daddy, saya bukan anak Malaysia. Saya anak Daddy.

Tuesday, September 29, 2009

Solat Sunat Istikharah

Sembunyikan pinanganmu, kemudian berwudhu'lah dengan wudhu' yang sempurna, kemudian bersolatlah seberapa yang Allah tetapkan (seberapa yang dikehendaki) sesuadah itu pujilah Allahdan muliakanlah Dia. Kemudian ucapkanlah:

"Wahai Tuhanku, Bahawasanya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa _____________ (sebutkan nama jodoh yang dicadangkan) baik untukku dalam urusan agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika ada yang lain lebih baik untuk urusan agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain untukku

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Istikharah berasal dari perkataan 'khair" yang bermakna "pilihan". (Hj. Said Che Ros et al, 2001). Solat istikharah ini bermaksud solat yang dilakukan untuk menentukan sesuatu pilihan yang patut diambil apabila sedang menghadapi keraguan pasa sesuatu perkara - sama ada berakibat baik atau sebaliknya.

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi (Hj. Said Che Ros et al, 2001) mafhumnya:

Di antara kebaikan anak Adam adalah sembahyang istikharah (minta pilihan dari Allah) dalam segala urusannya dan diantara kecelakaan anak Adam aialah meninggalkan sembahyang Istikharah pada segala urusannya.

Kesimpulan: bersolat istikharahlah untuk pilihan kita.

Test OM

GA berdiri depan aku:

"hidayah what are you doing?"

aku: Meniru sir, hahhahaha ouh.. nothing. I finish my paper already.. (forener GA)

hahahahhahahah...

bila dah sampai hari2 nak balik, macam malas nak layan dah.. main je lah..

Saturday, September 26, 2009

Hari raya

Bila raya menjelang, sume orang bizi
Tapi aku sakit lak
Jadi aku tak dapat beraya sangat
Padahal ni la cuti raya aku paling lama sejak 6 7 tahun lepas

Monday, September 14, 2009

Semuanya dah jadi "ALAMAK"

Alamak, aku lupe lak harini sekolah... (7.35 am) baru bangun tdo, dan malam tadi ttdo dengan aman.. dalam alamak ni, ade alhamdulillah (alhamdulillah aku dah isyak b4 tdo)

Alamak, dah nak laye.. (24 ramadhan) rasa macam baru semalam je first day puasa.. hari2 puasa tak terasa lamanya.. dalam alamak ni, ade alhamdulillah (alhamdulillah aku sempat memeriahkan malam dan menyempurnakan puasa siang)

Alamak, aku dah final year final sem... (2 bulan lagi nak grad) dengan subjek dan pojek lagi hidup aku kalut... makin hari makin dekat final exam dan final dissertation dalam alamak ni, ade alhamdulillah (alhamdulillah ade printing dan hardbound service .. wahahhahahahhahahahhahahahhahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahhahahah)

Alamak aku dah lambat nak gi kelas!

Bye!

Ape motif tles post nih???

Sunday, September 13, 2009

Quadrotor

Tengah bizi dengan FYP pon leh lagi wat blog? Tak mengapalah.. tapi inilah penyerabut hidup:
 
The rest, no comment